....ta a'limul a'nil islam....

....ta a'limul a'nil islam....
usroti jannati...

Monday, March 29, 2010

Malaikat Zabaniyah(Tentera Allah Yang Amat Garang)

ZABANIYAH merupakan nama malaikat yang bertugas menyiksa orang-orang di neraka dalam ajaran agama Islam. Ia digambarkan dengan memiliki sosok yang sangat garang dan sadis, tidak mengenal ampun terhadap orang yang telah masuk kedalam perut neraka. Zabaniah berjumlah 19 malaikat sebagaimana jumlah huruf Basmallah dan mereka dipimpin oleh Malaikat Maalik.


Rasulullah Saw bersabda: Siapa yang ingin supaya Allah selamatkan dia dari penanganan Malaikat Zabaniyah yang berjumlah 19 orang (Malaikat penjaga Neraka), maka hendaklah membaca Bismillahirrahmanirrahim, niscaya Allah buatkan untuknya, dari setiap satu huruf itu sebuah Syurga.


Malaikat Zabaniyah mengambil ahli nerakanya dengan menggunakan tangan dan kakinya.Maka salah satu dari Malaikat Zabaniyah itu dapat mengambil 10,000 orang kafir dengan menggunakan satu tangan, dan 10,000 lagi dengan memakai tangan yang lain,dan 10,000 dengan menggunakan salah satu kakinya serta 10,000 lagi menggunakan kakinya yang lain, kemudian melemparkannya keneraka. Jadi 40,000 orang kafir itu dengan sekali ambil kerana di dalam diri Malaikat Zabaniyah memiliki kekuatan dan kemampuan yang luar biasa.


Penglihatan para malaikat itu bagaikan kilat yang menyambar, gigi mereka sepuh tanduk sapi, sedangkan bibir-bibir mereka menjulur sampai ketelapak kaki, kobaran api keluar dari mulut-mulut mereka, dan jarak antara kedua bahunya adalah sekitar perjalanan satu tahun. Allah tidak menjadikan dalam hati mereka rasa belas kasihan dan lemah lembut sebesar semut kecilpun. Salah seorang dari mereka ada yang menyelam dalam lautan api neraka selama 70 tahun tetapi api neraka itu tidak membahayakan atas dirinya, kerana cahaya dirinya itu dapat mengalahkan api neraka.


Betapa garang dan gagahnya malaikat zabaniyah sehinggakan api neraka amat takut kepada mereka.Malik merupakan ketua di neraka menunjukkan ia lebih garang daripada Zabaniyah.Ikutilah arahan Malik kepada api neraka yang amat tegas menjalankan perintah allah....

Malik: "Lemparkanlah mereka ke dalam api neraka,wahai zabaniyah".

lalu Malaikat Zabaniyah melemparkan mereka kedalam api neraka, mereka berteriak dengan mengucapkan: "Lailahaillallah." Akhirnya neraka itu mengembalikan mereka.

Malik:"Wahai api,kenapa kamu tidak membakar mereka?"

Api: "Bagaimana aku hendak membakar mereka, sedangkan mereka mengucapkan 'Lailahaillallah."

Malik:"Yang demikian itu adalah perintah Allah,maka kamu bakarlah mereka".

akhirnya api akur dan terus membakar mereka.Api membakar mereka bermula daripada kaki hingga ke atas.Apabila api mendekati wajah mereka...

Malik: "Jangan engkau bakar wajah mereka, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang bersujud dengan wajahnya kepada Dzat Yang Maha Penyayang, dan janganlah engkau bakar hati mereka, kerana hati itu adalah tempat tauhid, ma'rifat dan iman,akan tetapi mereka tetap tinggal di neraka."


ITULAH BALASAN ALLAH YANG PERLU KITA TAKUTKAN,
(TINDAKAN ZABANIYAH TERHADAP AHLI NERAKA)....

JADI,


MULIAKANLAH MUKAMU DAN HATIMU KEPADA ALLAH,
KERANA ITULAH YANG DITAKUTKAN OLEH API UNTUK DIBAKAR!!! ...


WALLAHU A'LAM...




















Tuesday, March 23, 2010

"Peluang Wanita Tandingi Bidadari Syurga"





Wanita merupakan ciptaan allah yang memberikan sokongan keindahan kepada dunia dan merupakan nikmat utama yang diciptakan oleh allah di dalam alam yang fana ini.Bidadari pula merupakan nikmat kedua terbesar di dalam syurga selepas melihat wajah allah yang memiliki kecantikan yang amat luar biasa.



Apabila digambarkan kecantikan bidadari , melonjak semangat kaum lelaki untuk masuk ke syurga. Air peluhnya pun mengalahkan perfume yang paling wangi di dunia ini. Sebutlah apa sahaja yang diimpikan oleh lelaki tentang wanita, sebutlah apa sahaja kecantikan yang ingin dimiliki oleh seorang wanita,semua yang dimiliki oleh bidadari lebih daripada itu. Pada diri mereka terhimpun semua pesona lahir dan batin iaitu akhlak dan wajah yang sempurna. Tidak cukup perbendaharaan bahasa untuk menggambarkannya dan tidak cukup kemampuan akal untuk membayangkannya kerana mata hati sahajalah yang mampu membayangkannya.



Bagi kaum wanita, mungkin rasa cemburu menyelubungi perasaan. Bayangkan bidadari syurga sedang menunggu suami kita dengan penuh rindu dan setia. Bandingkan diri kita dengan bidadari , perbezaan langit dan bumi sekalipun bukan gambaran perbezaan antara kita dengan mereka. Di kala kaum Adam terasa seperti hendak pengsan mengkagumi kecantikan bidadari, kaum wanita pula mungkin terasa seperti menemui maut mencemburui mereka.



Wahai para wanita,ini khabar gembira untuk kamu semua!! kita ada peluang menandingi kecantikan bidadari! Anda tidak silap membaca kenyataan ini…Kita ada peluang menandingi kecantikan bidadari. Maka bukalah mata hati, persiapkan minda kerana Rasullullah s.a.w. sendiri pernah menceritakan tentang peluang ini.Mari kita teliti sebahagian daripada perbualan antara Rasulullah dengan salah seorang isterinya, iaitu Ummu Salamah, sepertimana diriwayatkan oleh At-Thabrani.


ummu:“ Wahai Rasullullah , manakah lebih utama , wanita dunia atau bidadari syurga bermata jeli ?”


rasulullah:“ Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari bermata jeli seperti kelebihan sesuatu yang tidak kelihatan dengan yang kelihatan.


ummu:“ Kenapa wanita dunia lebih utama daripada mereka ?”


rasulullah:“ Kerana solat, puasa dan ibadah mereka kepada Allah . Allah meletakkan cahaya pada wajah mereka; tubuh mereka dari kain sutera;kulitnya putih bersih,pakaiannya berwarna hijau;perhiasannya kekuning-kuningan, sanggulnya mutiara dan sikatnya diperbuat daripada emas. Mereka(wanita solehah) berkata : Kami hidup abadi dan tidak akan mati, kami lemah lembut dan tidak jahat sama sekali, kami redha dan tidak pernah bersungut-sungut sama sekali.Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya.”


ummu:“ Wahai Rasullullah, kalau wanita pernah bernikah dua, tiga atau empat lelaki lalu dia meninggal dunia.Dia masuk syurga dan mereka juga masuk syurga. Siapakah antara lelaki itu yang akan menjadi suaminya di syurga?”


rasulullah:“ Wahai Ummu Salamah, wanita itu disuruh memilih,lalu dia pun memilih siapa antara mereka yang akhlaknya paling bagus. Lalu ia berkata: ‘Wahai Tuhanku,inilah lelaki yang paling baik akhlaknya tatkala hidup bersamaku di dunia.Maka nikahkanlah aku dengannya.Wahai Ummu Salamah,akhlak yang baik itu akan pergi membawa dua kebaikan iaitu dunia dan akhirat.”



Maha Adil dan sayangnya Allah yang meletakkan wanita-wanita dunia yang berjaya menghuni syurga lebih utama daripada bidadari-bidadari syurga.Malah bidadari-bidadari menjadi khadam mereka di syurga. Solat, puasa dan ibadah yang didirikan adalah amalan yang akan meletakkan mereka di taraf tersebut. Bayangkanlah dengan solat,puasa dan ibadah, kita akan sama cantik dengan bidadari,malah lebih utama daripada mereka.SUBHANALLAH!!



Kepatuhan yang dipersembahkan kepada allah,walaupun diuji seribu cabaran dan dugaan membuktikan kita sudah menemui jalan kebenarannya.Jalan kebenaran ini secara automatik melayakkan kita menandingi pesona lahir dan batin para bidadari di syurga.Ketika itu, tiada lagi kebimbangan , tiada lagi kecemburuan kerana pastinya suami yang menjadi ahli syurga akan lebih terpesona dengan isterinya yang telah mencipta banyak kenangan pahit , manis, susah dan senang ketika di dunia.



Jika kecantikan lahiriah tidak mampu kita miliki di dunia, maka jangan kecewa.Usahakanlah setakat yang termampu dicapai berpandukan syariat,tetapi yang paling penting ialah memfokuskan usaha kepada membina kecantikan dalaman hati yang penuh rasa kehambaan kepada Allah.Bagi mereka yang telah dikurniakan kecantikan lahiriah di dunia, lebih-lebih lagi perlu bersyukur dan pastikan kecantikan dalaman juga menghiasi diri.



SEMUANYA BERMULA DARI DUNIA INI...



ALLAH BERIKAN WANITA PELUANG UNTUK MEREKA TANDINGI BIDADARI...



TERPULANGLAH KEPADA DIRI MEREKA UNTUK MEREBUTNYA...



SAHUTLAH CABARAN TUHANMU WAHAI WANITA...



TANDINGILAH BIDADARINYA!!!



WALLAHU A'LAM.












Tuesday, March 16, 2010

LUASNYA SOLAT ISTIKHOROH




Bila di sebut sahaja Solat Istikharah kebanyakan di kalangan kita hanya terkenangkan ketika hendak memilih jodoh. Ia begitu sinonim sekali dalam membuat keputusan untuk memilih bakal teman hidup tidak kira bagi lelaki atau perempuan. Perkara ini mungkin berlaku kerana penekanan di kalangan sesetengah Ustaz dalam soal istikharah ini dikaitkan dengan memilih jodoh sahaja.


Tetapi dalam islam telah membuktikan solat istikhoroh merupakan solat yang amat penting sekali dalam kehidupan harian kita.


Sebenarnya amalan Solat Sunat Istikharah ini skopnya lebih luas. Kita kadang-kadang tidak diberikan peringatan dalam soal ini. Sedangkan amalan Solat Istikhoroh ini sangat-sangat di galakkan oleh Rasulullah sebagaimana disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari....
Dari Jabir ra., ia berkata: “Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran.
hadis ini menerangkan kepada kita kepentingan solat istikhoroh adalah sama pentingnya dengan mempelajari al-quran.



Tunaikanlah solat istikhoroh jika kamu menghendaki sesuatu kerana allah mengetahui perkara yang baik bagimu dalam urusan agamamu juga dalam urusan penghidupanmu serta natijah pada urusanmu, kini dan akan datang,insyaallah,allah akan permudahkan ia untukmu, serta memberikan keberkatan kepada urusanmu.
Allah juga mengetahui perkara yang membawa kejahatan kepadamu dalam urusan agamamu, juga dalam urusan penghidupanmu dan natijah urusanmu, kini dan akan datang.Dengan solat ini allah mampu menjagamu daripada perkara yang tidak baik supaya kamu sentiasa mendapat keredhaan daripadanya.



Solat ini amat penting untukku kerana sebagai pelajar lepasan spm,saya memerlukan petunjuk dari allah untuk memilih kos yang terbaik untukku kerana dialah yang mengetahui segalanya.
Alhamdulillah daripada natijahku,aku yakin allah akan berikan yang terbaik untukku.


manfaatkanlah solat istikhoroh kerana ia memililki manfaat buatmu....


WALLAH HU'ALAM....