....ta a'limul a'nil islam....

....ta a'limul a'nil islam....
usroti jannati...

Wednesday, February 24, 2010

Salam Maulidur Rasul Untuk Semua...



12 Rabi’ul Awal 1431H semakin hampir...


Hari di mana kita menyambut hari kelahiran Nabi SAW.


Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ‘Salam Maulidur Rasul’ kepada semua pembaca blog ini.


Saya menyeru kepada semua agar kita mengingati, mengimbas kembali dan menghayati semua pengorbanan dan susah payah yang dilalui oleh Nabi SAW dalam menegakkan kalimah ALLAH di muka bumi ini.


Semoga kita dapat mencintai Nabi SAW dan mengikut semua ajaran dan sunnah baginda SAW.


InsyaAllah, mari kita pastikan selawat lebih banyak diucapkan daripada perkataan-perkataan lain sempena mengingati hari kelahiran baginda SAW. Tapi kalau boleh, jangan la sempena maulidur rasul je banyak selawat…kalau boleh selawat setiap hari sebanyak yang termampu.



SALAM MAULIDUR RASUL KEPADA SEMUA....



ASSALAMUALAIKUM!!!...

Tuesday, February 9, 2010

AL-IMTIHAN...

Peperiksaan??Imtihan??Ujian??Itulah perkara yang berlegar dibenak kepala setiap penuntut-penuntut ilmu di bumi Anbiya ini. Berbagai persediaan yang telah dibuat oleh mereka. Berbagai kaedah dan cara untuk menghadapi imtihan. Namun sedarkah kita bahawa setiap manusia termasuk kita semua sedang menghadapi imtihan yang sangat besar. Sebenarnya kita ni berada di ‘dewan imtihan agung’ tanpa sempadan iaitu bumi ini yang mana telah bermulanya imtihan agung ini sejak kita telah mencapai tahap baligh. Masa imtihan ini berterusan sehinggalah kita dijemput menghadap allah. Allah berfirman yang bermaksud: Dia yang mencipta kehidupan dan kematian untuk menguji kamu; siapakah diantara kamu yang melakukan amalan yang terbaik??.(AlMulk: 2)





Pendaftaran peperiksaan agung ini adalah ketika mana kita semua berada di alam ruh. Firman Allah: Dan ingatlah wahai Muhammad ketika mana tuhanmu mengeluarkan ruh-ruh anak-anak adam dari tulang sulbi bapa mereka ketika tuhan berkata “Bukankah aku tuhan kau’. Mereka menjawab “Ya, kami akui dan kami saksikan.” Ini adalah supaya mereka tidak berkata di hari kiamat “Kami telah lalai dan lupa terhadap perjanjian ini”. (Al-A’raf: 179).




Imtihan agung’ ini bukannya dengan menulis atas kertas jawapan atau yang dipanggil peperiksaan bertulis tetapi imtihan agung ini adalah berbentuk Imtihan amali(praktikal). Adapun arahan-arahan dan soalan-solan imtihan agung ini berada dalam Al-Quran dan Hadis. Imtihan agung ini diawasi oleh dua pegawai peperiksaan yang menjawat jawatan penulis (malaikat penulis) yang disifatkan tuhan sebagai Raqib (yang menulis dan mencatat amalan) dan Atid (yang sentiasa bersama manusia dan tidak berpisah) yang mana mereka berdua akan menulis setiap perbuatan atau perkataan kita.Dua pegawai imtihan yang menjawat jawatan pegawai pencatat ini adalah amat jujur dan amanah sekali dalam menjalankan tanggungjawab mereka kerana malaikat tidak pernah mengingkari arahan tuhan mereka.





Inilah imtihan yang sebenar perlu kita jawab dengan jawapan yang terbaik supaya ianya diterima oleh Allah. Mereka yang berjaya dalam peperiksaan ini akan diberikan ganjaran syurga di akhirat dan mereka yang gagal akan ke neraka.Pengiraan markah dalam peperikasaan agung ini adalah amat telus dan amat teliti. Firman Allah: Maka sesiapa yang berbuat baik seberat biji sawi nescaya Allah akan membalasnya. Dan sesiapa yang berbuat jahat seberat biji sawi nescaya Allah akan membalasnya. (Az-Zalzalah: 7,8)




Ketahuilah bahawa buku yang ditulis oleh dua orang pegawai peperiksaan (Malaikat pencatat amalan) akan diperlihatkan kepada kita di akhirat kelak.
Kita dapat mengetahui keputusan peperiksaan agung ini dengan kita menerima ‘buku rekod peperiksaan’. Jika kita menerima dengan tangan kanan maka itu tandanya kita lulus dalam peperiksaan tersebut dan akan menerima balasan yang terbaik.Rentetan dari kejayaan yang telah mereka perolehi, Allah telah memberi kehidupan yang amat bahagia sekali kepada mereka(SYURGA).Manakala mereka yang gagal dalam peperiksaan agung ini dapat diketahui ketika mereka menerima buku ‘rekod peperiksaan’ dengan tangan kiri dan akan mendapat seksaan yang lebih sengsara(NERAKA).




Begitu dahsyatnya balasan kepada mereka yang gagal dalam peperiksaan agung ini. Berbanding dengan kegagalan peperiksaan buatan manusia yang tidak menunjukkan kepada kegagalan dalam hidupnya buat selamanya. Berapa ramai mereka yang berjaya dalam peperiksaan buatan manusia tetapi gagal dalam kehidupannya??? Betapa ramai juga yang gagal dalam peperiksaan buatan manusia tetapi berjaya dalam kehidupannya??? Ulama ada menyebut: "Janganlah kamu berbangga dengan segala sijil yang engkau miliki. Kebarangkalian sijil-sijil itu akan menyebabkan engkau jauhi daripada Allah". Dengan sijil-sijil ini menyebabkan kita sombong dan berbangga dengan apa yang kita miliki. Dengan sijil-sijil ini kita mengaut kekayaan semata-semata dan kita lupa untuk beramal dengan ilmu kita sedang kita tahu bahawa sifat sombong dan menghimpun kekayaan ini adalah sifat ahli neraka.





Ini bukan bermakna peperiksaan duniawi tidak penting dan tidak perlu bagi seorang pelajar. Tetapi yg ditekankan adalah dari segi pengamalan,aspek dan meneruskan perjuangan Islam yang telah ditinggalkan oleh baginda(RASULLULAH).Majukanlah islam dan jangan biarkan islam ditindas oleh orang-orang kafir.


PENGAKHIRANNYA!!!....


BAGAIMANAKAH PERSEDIAAN IMTIHAN KITA???...


ADAKAH LULUS AMALAN KITA SETAKAT INI???....


RANCANGLAH SESUATU UNTUK MENGHADAPI UJIAN ALLAH SUPAYA MEMPEROLEHI KEBAHAGIAAN HIDUP KELAK.....


SALAM PEPERISAAN UNTUK KAMU SEMUA....


ASSALAMUALAIKUM!!!...










Sunday, February 7, 2010

kenali nafsu...

Setiap manusia dianugerahkan kepada mereka nafsu sebagai jalan untuk mengetahui tahap mereka melatih dan mendidik nafsu mereka ke arah positif ataupun negatif.Seperti yang kita ketahui nafsu merupakan satu ujian allah yang menguji tahap keimanan kita di dunia dan digandingkan dengan syaitan untuk menentang iman....2 LAWAN 1!!!






Kita,manusia yang digelar sebagai pendidik kepada diri sendiri perlulah bijak mendidik diri ke arah positif dan dipenuhi dengan nur-nur islam supaya iman kita bertambah mantap dan mampu mendidik nafsu yang membawa kepada kebaikan.






Dalam ALQURAN telah menjelaskan tiga jenis nafsu yang terdapat di dalam diri manusia.Mari kita kenali nafsu....





1.NAFSU AMMARAH BISSU'....nafsu ini sangat berbahaya apabila melekat pada diri seseorang kerana nafsu ini terlalu mengarah manusia untuk melakukan maksiat,perilaku yang tidak baik dan kejahatan.Dalam alquran allah telah berfirman, 'Dan aku tidak membebaskan diriku (dan kesalahan), karena sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan'. (QS 12: 53).





Orang yang dikuasai nafsu ammarah bissu' akan diperbudak nafsunya. Bahkan, ia menjadikannya sebagai ˜tuhannya" yang dipatuhi dan dituruti. Orang seperti ini lebih sesat daripada binatang yang hanya mempunyai nafsu, seperti firman Allah,Terangkanlah kepadaku tentang orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya. Maka, apakah kamu dapat menjadi pemelihara atasnya.(QS 25: 43).





2.NAFSU LAWWAMAH....nafsu ini ialah nafsu yang seimbang kerana ia sudah mengenali yang buruk dan baik.Seseorang yang memiliki nafsu ini belum sempurna berada dalam kebaikan.Nafsu ini selalu mengarah pemiliknya menentang kejahatan dan perbuatan dosa,tetapi suatu ketika kerana lalai,nafsu ini akan membawa pemiliknya kepada kejahatan dan kemaksiatan jua.Selalunya pemilik nafsu ini akan menyesal dan bertaubat setelah terjerumus dan terlanjur melakukan dosa kepada allah.







3.NAFSU MUTHMAINNAH....ini merupakan nafsu yang baik dan membuat pemiliknya tenang berada dalam ketaatan dan kebaikan. Nafsu ini telah mendapat rahmat dari Allah sehingga pemiliknya berpendirian teguh untuk menjadikan Allah sebagai Tuhan yang disembah. Allah SWT menjelaskan, Sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.(QS 12: 53).







Dalam kehidupan sehari-hari, seorang Muslim perlu menjauhi nafsu ˜ammarah bissu' dan nafsu lawwamah. Sebaliknya, ia perlu memiliki nafsu muthmainnah. Melaluinya, ia akan memperoleh ketenangan hidup, selalu menampilkan perbuatan baik yang membawa kemaslahatan bagi dirinya, bangsa, dan negara.





JADI!!!



DI MANAKAH TAHAP DIDIKAN KITA TERHADAP NAFSU....



RENUNG-RENUNGKANLAH DAN BERUSALAH UNTUK MENCAPAI KEREDHAAN ALLAH......


ASSALAMUALAIKUM!!!!...



Monday, February 1, 2010

darjat wanita...

WANITA pada hari ini cukup bertuah dengan penghormatan,kedudukan(darjat) dan keadilan yg dinikmati selama ini ,tetapi mereka perlu ingat bahawa bagaimanakah insan yg bergelar wanita pada zaman jahiliyah.Mereka dilayan seperti haiwan dan dianggap tidak berguna pd zaman tersebut.



Bagaimana wanita yg tidak berguna pd zaman dahulu boleh disanjung tinggi pd hari ini???



Kasihnya allah terhadap wanita sehinggakan menghantar utusannya yang mulia untuk mengubah nasib dan kedudukan wanita yang sebenar.Dengan lahirnya nur-nur islam pada zaman tersebut membuktikan bahawa semua manusia mempunyai darjat yang sama di mata allah kecuali yang membezakan mereka ialah iman dan taqwa mereka terhadap allah.





Islam!...inilah islam yang sebenarnya mempunyai protokol yang cukup sempurna dan adil tetapi ke manakah wanita hari ini membalas jasa mereka terhadap allah dan nabi yang sentiasa mengorbankan nyawanya demi menjaga maruah insan yang bergelar wanita??





Hari ini,dengan anugerah yang dikurniakan memiliki penghormatan yang tinggi,mereka merasakan mereka amat istimewa dan boleh melakukan apa sahaja dengan nikmat yang dimiliki oleh mereka tanpa menghiraukan sejarah kaum mereka yang terdahulu.Kebanyakkannya wanita hari ini lebih suka mengulangi sejarah hitam kaum mereka dengan melekakan dunia dan menghakis akidah orang-orang mukmin untuk dijadikan bahan tarikkan mereka sebagai artis,pelakon,penyanyi dan model.Adakah ini cara membalas jasa??




Sikap acuh tidak acuh dengan islam menunjukkan wanita seperti kacang lupakan kulit terhadap islam yang sentiasa membela mereka daripada semua aspek kehidupan.



Sebelum wafatnya nabi muhammad,baginda sudah mewasiatkan kepada kita bahawa lindungilah wanita dan peliharalah mereka dengan iman dan bukannya dengan harta,sesungguhnya mereka akan binasa.Dengan wasiat nabi tersebut dapat kita manipulasikan bahawa wanita amat sukar untuk dijaga tetapi jika kita menjaga dan mendidik mereka dengan
baik,nescaya mereka seperti pelengkap yang menghiasi keindahan dunia.



Kewajipan menutup aurat dalam islam mempunyai hikmah yang mendalam untuk mengelakkan fitnah dunia dan kemusnahan akhlak manusia.Allah telah membuktikan kepada kita negara-negara yang cantik orangnya seperti orang eropah mempunyai kemusnahan akhlak di negara mereka kerana pendedahan aurat yang tidak terjaga.



Justeru,saya ingin menyeru kepada semua supaya jagailah anugerah yang telah diberikan oleh islam kepada kita.Ketahuilah sifat sayangnya allah sayangnya nabi terhadap kita.Balaslah kasih sayang mereka dengan mematuhi segala perintah mereka dan meninggalkan
segala larangan mereka.Lengkapkanlah dirimu dengan iman dan amal supaya dapat memperolehi rahmat allah yang paling berharga untuk kita(al-jannah) di akhirat kelak.




INGATLAH!!!
Kita hanya merancang dan berusaha tetapi ALLAH YANG MENENTUKAN....
dengan usaha saya menulis article ini,hanya allah sahajalah yang menentukan perubahan diri kalian...
ASSAlAMUALAIKUM!!!!....

MUS'AB BIN UMAIR(sejarah namaku)

Daripada Ali bin Abi Talib ra berkata:Kami sedang duduk bersama Rasulullah saw di dalam masjid. Tiba tiba datang Musab bin Umair ra, dan tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai selendang yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullah sa melihat kepadanya, baginda menangis dan menitis air mata kerana mengenangkan kemewahan Musab ketika berada di Mekah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Musab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan di Mekah).



Kemudian Nabi Muhammad saw bersabda:Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula, dan bila diangkatkan satu hidangan, diletakkan pula satu hidangan yang lain, dan kamu menutupi (menghiasi) rumah kamu seperti mana kamu memasang kelambu Kaabah?Maka jawab sahabat:Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada hari ini. Kami akan memberikan penumpuan kepada masalah ibadah sahaja dan tidak usah mencari rezeki.Lalu Nabi saw bersabda:Tidak, keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu.(Hadis riwayat Turmizi)



KISAH MUSAB BIN UMAIR



Musab bin Umair asalnya dibesarkan dalam sebuah keluarga yang kaya-raya di Kota Mekah. Dia sangat disayangi oleh kedua orang ibubapanya. Hidupnya senang-lenang dan serba mewah.

Dikatakan kononnya Musab bin Umair ialah pemuda yang paling bergaya di Kota Mekah. Pakaiannya ada yang berharga sampai dua ratus dirham, satu nilai yang sangat tinggi pada zaman itu untuk sehelai pakaian.



Memang dari awal lagi Musab telah memeluk agama Islam tetapi disembunyikan keIslamannya daripada kedua orang tuanya. Namun hal tersebut akhirnya sampai juga ke telinga mereka. Mereka pun mengikat Musab dengan tali agar dia tidak boleh keluar rumah. Musab berjaya melepaskan diri lalu berpindah ke Abbysinia. Seterusnya dia berhijrah pula ke Madinah untuk bersama-sama kekasihnya- Rasulullah SAW.



Suatu hari, Musab melintas di hadapan Rasulullah. Ketika itu dia hanya memakai sehelai kain sahaja dan kainnya itu bertampal-tampal. Dengan perasaan yang amat sedih disertai linangan air mata, Rasulullah menceritakan kembali bagaimana kehidupan Musab sebelum Islam yang serba mewah. Namun kini Musab hanya ada sehelai kain buruk untuk dipakainya.



Dalam peperangan Uhud, Musab berperanan sebagai pemegang bendera tentera Islam. Suatu ketika tentera Islam terpukul hebat dan ada sebilangannya yang bertempiaran lari menyelamatkan diri. Dalam keadaan segenting itu, Musab terus berdiri kukuh di tempatnya sambil memegang bendera. Sedikit pun tidak ada rasa gentar dalam hatinya.Seorang musuh telah menetak tangan Musab yang memegang bendera agar bendera tentera Islam tidak berkibar lagi. Musab mengambil balik bendera itu dengan tangannya yang sebelah lagi. Kali ini tangan itu pula yang ditetak musuh. Dia terus berusaha memegang bendera di dadanya dengan bantuan kedua belah tangan yang berlumuran darah. Akhirnya, dada Musab ditembusi pula anak panah menyebabkan dia rebah ke bumi. Musab pun gugur sebagai seorang syuhada.



Di saat-saat pengkebumiannya, Musab hanya ada sehelai kain sebagai penutup jasad. Itupun kain itu terlalu kecil. Jika ditarik untuk menutup kepalanya, kakinya akan terdedah. Kalau ditarik menutup kakinya pula, kepalanya akan terdedah. Rasulullah SAW menyuruh para sahabat menutup kepala Musab dengan kain tersebut sementara bahagian kakinya ditutup dengan daun-daun azkhar.Begitulah sedihnya riwayat seorang pemuda yang dibesarkan dalam kehidupan serba mewah tetapi matinya dalam keadaan yang amat dhaif. Jika dulu dia ada pakaian yang berharga dua ratus dirham, tapi kini mayatnya ditutup dengan sehelai kain kecil sahaja. Sesungguhnya Musab telah berjaya.