....ta a'limul a'nil islam....

....ta a'limul a'nil islam....
usroti jannati...

Tuesday, February 9, 2010

AL-IMTIHAN...

Peperiksaan??Imtihan??Ujian??Itulah perkara yang berlegar dibenak kepala setiap penuntut-penuntut ilmu di bumi Anbiya ini. Berbagai persediaan yang telah dibuat oleh mereka. Berbagai kaedah dan cara untuk menghadapi imtihan. Namun sedarkah kita bahawa setiap manusia termasuk kita semua sedang menghadapi imtihan yang sangat besar. Sebenarnya kita ni berada di ‘dewan imtihan agung’ tanpa sempadan iaitu bumi ini yang mana telah bermulanya imtihan agung ini sejak kita telah mencapai tahap baligh. Masa imtihan ini berterusan sehinggalah kita dijemput menghadap allah. Allah berfirman yang bermaksud: Dia yang mencipta kehidupan dan kematian untuk menguji kamu; siapakah diantara kamu yang melakukan amalan yang terbaik??.(AlMulk: 2)





Pendaftaran peperiksaan agung ini adalah ketika mana kita semua berada di alam ruh. Firman Allah: Dan ingatlah wahai Muhammad ketika mana tuhanmu mengeluarkan ruh-ruh anak-anak adam dari tulang sulbi bapa mereka ketika tuhan berkata “Bukankah aku tuhan kau’. Mereka menjawab “Ya, kami akui dan kami saksikan.” Ini adalah supaya mereka tidak berkata di hari kiamat “Kami telah lalai dan lupa terhadap perjanjian ini”. (Al-A’raf: 179).




Imtihan agung’ ini bukannya dengan menulis atas kertas jawapan atau yang dipanggil peperiksaan bertulis tetapi imtihan agung ini adalah berbentuk Imtihan amali(praktikal). Adapun arahan-arahan dan soalan-solan imtihan agung ini berada dalam Al-Quran dan Hadis. Imtihan agung ini diawasi oleh dua pegawai peperiksaan yang menjawat jawatan penulis (malaikat penulis) yang disifatkan tuhan sebagai Raqib (yang menulis dan mencatat amalan) dan Atid (yang sentiasa bersama manusia dan tidak berpisah) yang mana mereka berdua akan menulis setiap perbuatan atau perkataan kita.Dua pegawai imtihan yang menjawat jawatan pegawai pencatat ini adalah amat jujur dan amanah sekali dalam menjalankan tanggungjawab mereka kerana malaikat tidak pernah mengingkari arahan tuhan mereka.





Inilah imtihan yang sebenar perlu kita jawab dengan jawapan yang terbaik supaya ianya diterima oleh Allah. Mereka yang berjaya dalam peperiksaan ini akan diberikan ganjaran syurga di akhirat dan mereka yang gagal akan ke neraka.Pengiraan markah dalam peperikasaan agung ini adalah amat telus dan amat teliti. Firman Allah: Maka sesiapa yang berbuat baik seberat biji sawi nescaya Allah akan membalasnya. Dan sesiapa yang berbuat jahat seberat biji sawi nescaya Allah akan membalasnya. (Az-Zalzalah: 7,8)




Ketahuilah bahawa buku yang ditulis oleh dua orang pegawai peperiksaan (Malaikat pencatat amalan) akan diperlihatkan kepada kita di akhirat kelak.
Kita dapat mengetahui keputusan peperiksaan agung ini dengan kita menerima ‘buku rekod peperiksaan’. Jika kita menerima dengan tangan kanan maka itu tandanya kita lulus dalam peperiksaan tersebut dan akan menerima balasan yang terbaik.Rentetan dari kejayaan yang telah mereka perolehi, Allah telah memberi kehidupan yang amat bahagia sekali kepada mereka(SYURGA).Manakala mereka yang gagal dalam peperiksaan agung ini dapat diketahui ketika mereka menerima buku ‘rekod peperiksaan’ dengan tangan kiri dan akan mendapat seksaan yang lebih sengsara(NERAKA).




Begitu dahsyatnya balasan kepada mereka yang gagal dalam peperiksaan agung ini. Berbanding dengan kegagalan peperiksaan buatan manusia yang tidak menunjukkan kepada kegagalan dalam hidupnya buat selamanya. Berapa ramai mereka yang berjaya dalam peperiksaan buatan manusia tetapi gagal dalam kehidupannya??? Betapa ramai juga yang gagal dalam peperiksaan buatan manusia tetapi berjaya dalam kehidupannya??? Ulama ada menyebut: "Janganlah kamu berbangga dengan segala sijil yang engkau miliki. Kebarangkalian sijil-sijil itu akan menyebabkan engkau jauhi daripada Allah". Dengan sijil-sijil ini menyebabkan kita sombong dan berbangga dengan apa yang kita miliki. Dengan sijil-sijil ini kita mengaut kekayaan semata-semata dan kita lupa untuk beramal dengan ilmu kita sedang kita tahu bahawa sifat sombong dan menghimpun kekayaan ini adalah sifat ahli neraka.





Ini bukan bermakna peperiksaan duniawi tidak penting dan tidak perlu bagi seorang pelajar. Tetapi yg ditekankan adalah dari segi pengamalan,aspek dan meneruskan perjuangan Islam yang telah ditinggalkan oleh baginda(RASULLULAH).Majukanlah islam dan jangan biarkan islam ditindas oleh orang-orang kafir.


PENGAKHIRANNYA!!!....


BAGAIMANAKAH PERSEDIAAN IMTIHAN KITA???...


ADAKAH LULUS AMALAN KITA SETAKAT INI???....


RANCANGLAH SESUATU UNTUK MENGHADAPI UJIAN ALLAH SUPAYA MEMPEROLEHI KEBAHAGIAAN HIDUP KELAK.....


SALAM PEPERISAAN UNTUK KAMU SEMUA....


ASSALAMUALAIKUM!!!...










No comments:

Post a Comment