....ta a'limul a'nil islam....

....ta a'limul a'nil islam....
usroti jannati...

Monday, April 26, 2010

"Allah menjawab AL-FATIHAH kita"

Dari 'Ubaidah bin shamit r.a,Rasulullah telah bersabda:"Tidak sah solat seseorang yang tidak membaca surah AL-FATIHAH".

Riwayat dari Abu Hurairah pula,rasulullah telah bersabda:"Sesiapa yang tidak membaca AL-FATIHAH di dalam solat,maka solatnya itu tidak sempurna.(Rasulullah telah mengulangi kenyataan ini sebanyak 3 kali)".

Lalu sahabat bertanya kepada Abu Hurairah:"Bagaimana pula kalau kami mengikut imam?".Jawab Abu Hurairah:"Bacalah perlahan-lahan.Kerana aku pernah mendengar Rasulullah bersabda:

Bahawa Allah berfirman:"Solat itu aku bagi 2 iaitu antara-KU dan hamba-KU.Untuk hamba-KU ialah apa yang dimintanya...

Apabila hamba-KU mengucapkan:Alhamdulillahi rabbil 'alamin(segala puji tertentu bagi allah,tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam)
AKU menjawab:hamdani 'abdi(hambaku memujiku)

Apabila hamba-KU mengucapkan:Arrahmanirrahim(Yang maha pengasih lagi maha penyanyang)
AKU menjawab:'Atsna alayya 'abdi(hambaku menyanjungiku)

Apabila hamba-KU mengucapkan:Maliki yaumiddin(Maha penguasa hari kemudian)
AKU menjawab:Majjadani abdi(hambaku mengagungkanku)

Apabila hamba-KU mengucapkan:iyyaka na'budu wa iyyaka nasta'in(kepda engkau kami menyembah dan kepada engkau kami minta pertolongan)AKU menjawab:Hadza bayni wa bayna abdi,wali abdi wa saala(inilah bahagianku dan bahagian hambaku yg dimintanya)

Apabila hamba-KU mengucapkan:Ihdinash siratal mustaqim,siratal ladzina an'amta 'alaihim ghairil maghdubi 'alaihim waladh-dhaalin(pimpinlah kami ke jalan yang lurus,yakni jalan yang tidak engkau murkai dan tidak pula jalan orang yang sesat)
AKU menjawab:Hadza li abdi,wali 'abdi ma saala(inilah bahagian hambaku,untuk apa yang dimintanya)

itulah semua jawapan allah apabila setiap kali kita membaca AL-FATIHAH.Membuktikan hikmah pentingnya ummul kitab ini dalam solat kita,kerana itulah rasulullah menekankan surah AL-FATIHAH kepada ummatnya...

JAGAILAH PEMBACAAN AL-FATIHAHMU....

KERANA IA MERUPAKAN TUNJANG BAGI KESEMPURANAAN PENEMUANMU DENGAN ALLAH...

WALLAHU A'LAM..

Monday, April 19, 2010

Hidup Kita Hanya 25 Minit...


Assalamualailkum kepada semua pembaca blog ini,syukur alhamdulillah hari iniku dapat berkongsi ilmu dengan antum semua.Perkara yang inginku kongsikan kepada antum semua pada hari ini ialah mengenai "masa 2 alam".

Seperti yang kita ketahui bahawa 1000 tahun di dunia bersamaan 1 hari di akhirat.Perbandingan 2 waktu di alam yang berlainan ini membuktikan waktu di dunia ini bukanlah waktu sebenar kita jika dibandingkan dengan alam yang kekal abadi.

Dalam kajian kehidupan kita,manusia pada zaman sekarang hanya mampu hidup dalam 60 tahun.60 tahun di dunia bersamaan 25 minit di akhirat.Begitulah singkatnya masa yang allah berikan kepada kita untuk melakukan perkara2 yang bermanfaat dalam kehidupan kita.

Dalam 25 minit sekiranya kita berjaya melakukan perintah allah dengan sebaiknya dan meninggalkan larangan,nescaya tidak rugilah kita dapat menikmati syurga allah dengan kekal abadi.Itulah kasih sayang allah terhadap hambanya yang memberikan advantage kepada hambanya,menguji dalam 25 minit dan balasan nikmatnya kekal selamanya.SUBHANALLAH YA RAHIM!!

Manakala dalam 25 minit sekiranya kita melanggar segala perintah allah dan tidak mampu mengawal nafsu dengan sebaiknya,nescaya ia merupakan orang2 yang amat rugi kerana tidak pandai menggunakan advantage allah dengan sebaikya.Diuji 25 minit tetapi hidup kekal di neraka dan diseksa selamanya,kan rugi namanya tu!!!

Oleh itu,ku ingin mengingatkan diriku dan kepada antum semua bahawa gunakanlah masa yang singkat di dunia ini dengan mendapat keredhaan allah dan bermanfaat untuk kita ke akhirat.Masa sebenar kita hanyalah di sana,masa di sini hanyalah masa ujian kita.

SEDARILAH MASA SEBENAR KITA...

IA BERMULA DARIPADA MASA UJIAN...

INGATLAH!!...

25 MINIT PENENTU KITA KE ALAM YANG KEKAL...

BENARLAH KATA2 PUJANGGA"MASA ITU IBARAT PEDANG,SEKIRANYA KAMU TIDAK MEMOTONGNYA IA AKAN MEMOTONG KAMU"!!!








Friday, April 16, 2010

MATRIK JOHOR!!!...

Syukur alhamdulillah,itu sahaja ygku dapat ucapkan selepas menerima twaran daripada kolej matrikulasi johor(KMJ).Ku harap dgn pengajian di sini kudapat gunakan sebaik mungkin untk mencapai matlamat yangku idam-idamkn...

TAWARAN KEMASUKAN DAN PENEMPATAN PROGRAM MATRIKULASI SATU TAHUN (PST) KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA.

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa saudara ditawarkan untuk mengikuti Program Matrikulasi Satu Tahun Kementerian Pelajaran Malaysia bagi pengambilan sesi 2010/2011.

JURUSAN PENGAJIAN
:
M001-SAINS
TEMPOH PENGAJIAN
:
1 TAHUN (2 SEMESTER)
KOLEJ PENGAJIAN
:
16-KOLEJ MATRIKULASI JOHOR (KMJ)
TARIKH PENDAFTARAN
:
10 MEI 2010

SYUKRAN YA ALLAH...
SEGALA APA YG KAU BERIKAN ADALAH YG TERBAIK UNTUK HAMBAMU...
PERANCANGANMU TIDAK BOLEH DITANDINGI...
KERANA ENGKAULAH...
YANG MAHA MENGETAHUI SEGALANYA...

Monday, April 12, 2010

taklimat MEDICMESIR...



Pada 11/4/2010,aku dijemput ke taklimat medicmesir di Fakulti Perubatan,UPM.Dengan mengharapkan sesuatu yang boleh ku miliki di sana,aku hadir untuk mengambil sedikit sebanyak tentang kehidupan pelajar-pelajar malaysia belajar di mesir.



Bermulanya taklimat pada pukul 10 pagi yang disampaikan oleh Puan Norhanim,iaitu pensyarah kuat di malaysia yang menguruskan segala pembelajaran pelajar-pelajar malaysia di sana.Beliau menggelarkan dirinya sebagai 'ummi' di kalangan pelajar.



Aku mendengar taklimat dari ummi dengan penuh perhatian selama 2 jam di sana.Dalam taklimat ummi,dia mengatakan Malaysia masih memiliki krisis doktor sehingga tahun 2o15.Di situ juga ummi menunjukkan kedudukan dan kawasan Universiti di mesir(Tanta,Mansoura,Alexandria,Ainsham,Al-Azhar,Zagazig dan Cairo) melalui slide.Ku amat tertarik dengan Universiti di Alexandria yang memiliki banyak tempat-tempat menarik berbanding Universiti lain.



Ibuku yang beriya-iya ingin hantarku ke mesir keranaku tahu doktor-doktor di sana adalah tahfiz.Pembelajaran doktor di sana amat mementingkan al-quran sebagai panduan kehidupan.Dari situlah ibuku memberikan harapan yang menggunung kepadaku untuk ke sana.
Tetapiku rasa rezekiku bukan di sana,keranaku merasakan kelayakkanku untuk ke sana amat tipis untuk bersaing mendapatkan 250 tempat untuk ke sana.


Selepas tamat taklimat pada pukul 12,aku dijemput makan(bagus betul UPM ni...).Walaupunku pulang ibarat seperti tangan kosong,ku harus terima bahawa perjalananku masih jauh dan mungkin rezekiku nanti lebih baik daripada sana.Pengalaman ke taklimat itu sudah cukup bagiku untuk meneruskan perjuanganku ke alam pelajaran tinggi nanti.


ALHAMDULILLAH,SYUKRAN YA RABBI...

Thursday, April 8, 2010

suburkanlah harapanku kembali,YA ALLAH!!

Wahai Tuhan ku Yang Esa
Bila kenangkan Qahar-Mu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksa-Mu...

Hamba-Mu rasa berputus asa
Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang memburu
Setiap hari setiap ketika ...

Tika mengenang Ghafar-Mu
Putus asa tiada lagi
Semangatku pulih semula
Harapanku subur kembali...

Ujian menimpa menekan di jiwa
Tak sanggup meneruskan perjuanganku
Mehnah-Mu itu penghapus dosaku
Mengganti hukuman-Mu di akhirat...

Di waktu mengenang rahmat-Mu
Terasa diri kurang bersyukur
Pada-Mu harusku memohon
Moga syukurku bertambah...

Alangkah susahnya
Mendidik nafsuku
Yang tidak dapat melihat kebenaran-Mu
Ya Allah Tuhanku
Bantulah hamba-Mu
Dalam mendidik jiwaku ini...

Tuesday, April 6, 2010

inspirasiku...



Kali ini terlintas di fikiranku untuk menceritakan tentang inspirasiku yang sering memberikan gambaran untukku mempunyai peluang untuk menjadi sepertinya pada satu hari nanti.Dialah USTAZ AQIL HAYY RAWA AI-HAJJ,yang telah banyak menyumbangkan agama allah melalui dakwahnya.




Ku amat tergamam apabila seorang insan ini bermula daripada seorang penyanyi rock dari kumpulan D'RIYADH,sekarang sudah menjadi seorang da 'ie allah.Dengan ilmu yang dimiliki olehnya dan cara penyampaian ilmunya telah menarik minatku untuk menjadi sepertinya pada satu hari nanti.Itulah matlamat hidupku ingin menjadi seorang pendakwah sebelum aku pergi meninggalkan dunia yang fana ini.




Walaupunku sedar role model yang paling sempurna yang perlu kita ikuti ialah nabi kita,MUHAMMAD S.A.W..Tetapi untuk mencapai tahap untuk mengikuti nabi kita,kita kena ketahui ia perlu dimulakan dari bawah.Yang mana kita dapat lihat boleh menyamainya,contoh kepada diriku yang sekarang menjadikan AQIL HAYY sebagai idolaku.Selepas kita dapat menyamai atau melebihi idola kita barulah kita bergerak ke stage yang lain dan seterusnya hinggalah ke tahap RASULULLAH.




Perjalananku masih panjang untukku menguasai ilmu-ilmu daripada RASULLAH,tetapiku akan cuba untuk menguasainya selagiku mampu menguasainya kerana itulah matlamatku.Aku juga ingin menjadi penyumbang kepada agama allah juga seperti mana AQIL HAYY menyumbangkan ilmu allah kepada islam.


INSYALLAH,


KU AKAN MENCUBA
SEDAYA UPAYAKU UNTUK MENGUASAI IlMULLAH....


TERIMA KASIH ATAS SUMBANGANMU DAN SEBAGAI INSPIRASIKU UNTUK MENJADI PENYUMBANG ISLAM...


AQIL HAYY!!!...


WALLAHU A'LAM...


Monday, March 29, 2010

Malaikat Zabaniyah(Tentera Allah Yang Amat Garang)

ZABANIYAH merupakan nama malaikat yang bertugas menyiksa orang-orang di neraka dalam ajaran agama Islam. Ia digambarkan dengan memiliki sosok yang sangat garang dan sadis, tidak mengenal ampun terhadap orang yang telah masuk kedalam perut neraka. Zabaniah berjumlah 19 malaikat sebagaimana jumlah huruf Basmallah dan mereka dipimpin oleh Malaikat Maalik.


Rasulullah Saw bersabda: Siapa yang ingin supaya Allah selamatkan dia dari penanganan Malaikat Zabaniyah yang berjumlah 19 orang (Malaikat penjaga Neraka), maka hendaklah membaca Bismillahirrahmanirrahim, niscaya Allah buatkan untuknya, dari setiap satu huruf itu sebuah Syurga.


Malaikat Zabaniyah mengambil ahli nerakanya dengan menggunakan tangan dan kakinya.Maka salah satu dari Malaikat Zabaniyah itu dapat mengambil 10,000 orang kafir dengan menggunakan satu tangan, dan 10,000 lagi dengan memakai tangan yang lain,dan 10,000 dengan menggunakan salah satu kakinya serta 10,000 lagi menggunakan kakinya yang lain, kemudian melemparkannya keneraka. Jadi 40,000 orang kafir itu dengan sekali ambil kerana di dalam diri Malaikat Zabaniyah memiliki kekuatan dan kemampuan yang luar biasa.


Penglihatan para malaikat itu bagaikan kilat yang menyambar, gigi mereka sepuh tanduk sapi, sedangkan bibir-bibir mereka menjulur sampai ketelapak kaki, kobaran api keluar dari mulut-mulut mereka, dan jarak antara kedua bahunya adalah sekitar perjalanan satu tahun. Allah tidak menjadikan dalam hati mereka rasa belas kasihan dan lemah lembut sebesar semut kecilpun. Salah seorang dari mereka ada yang menyelam dalam lautan api neraka selama 70 tahun tetapi api neraka itu tidak membahayakan atas dirinya, kerana cahaya dirinya itu dapat mengalahkan api neraka.


Betapa garang dan gagahnya malaikat zabaniyah sehinggakan api neraka amat takut kepada mereka.Malik merupakan ketua di neraka menunjukkan ia lebih garang daripada Zabaniyah.Ikutilah arahan Malik kepada api neraka yang amat tegas menjalankan perintah allah....

Malik: "Lemparkanlah mereka ke dalam api neraka,wahai zabaniyah".

lalu Malaikat Zabaniyah melemparkan mereka kedalam api neraka, mereka berteriak dengan mengucapkan: "Lailahaillallah." Akhirnya neraka itu mengembalikan mereka.

Malik:"Wahai api,kenapa kamu tidak membakar mereka?"

Api: "Bagaimana aku hendak membakar mereka, sedangkan mereka mengucapkan 'Lailahaillallah."

Malik:"Yang demikian itu adalah perintah Allah,maka kamu bakarlah mereka".

akhirnya api akur dan terus membakar mereka.Api membakar mereka bermula daripada kaki hingga ke atas.Apabila api mendekati wajah mereka...

Malik: "Jangan engkau bakar wajah mereka, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang bersujud dengan wajahnya kepada Dzat Yang Maha Penyayang, dan janganlah engkau bakar hati mereka, kerana hati itu adalah tempat tauhid, ma'rifat dan iman,akan tetapi mereka tetap tinggal di neraka."


ITULAH BALASAN ALLAH YANG PERLU KITA TAKUTKAN,
(TINDAKAN ZABANIYAH TERHADAP AHLI NERAKA)....

JADI,


MULIAKANLAH MUKAMU DAN HATIMU KEPADA ALLAH,
KERANA ITULAH YANG DITAKUTKAN OLEH API UNTUK DIBAKAR!!! ...


WALLAHU A'LAM...




















Tuesday, March 23, 2010

"Peluang Wanita Tandingi Bidadari Syurga"





Wanita merupakan ciptaan allah yang memberikan sokongan keindahan kepada dunia dan merupakan nikmat utama yang diciptakan oleh allah di dalam alam yang fana ini.Bidadari pula merupakan nikmat kedua terbesar di dalam syurga selepas melihat wajah allah yang memiliki kecantikan yang amat luar biasa.



Apabila digambarkan kecantikan bidadari , melonjak semangat kaum lelaki untuk masuk ke syurga. Air peluhnya pun mengalahkan perfume yang paling wangi di dunia ini. Sebutlah apa sahaja yang diimpikan oleh lelaki tentang wanita, sebutlah apa sahaja kecantikan yang ingin dimiliki oleh seorang wanita,semua yang dimiliki oleh bidadari lebih daripada itu. Pada diri mereka terhimpun semua pesona lahir dan batin iaitu akhlak dan wajah yang sempurna. Tidak cukup perbendaharaan bahasa untuk menggambarkannya dan tidak cukup kemampuan akal untuk membayangkannya kerana mata hati sahajalah yang mampu membayangkannya.



Bagi kaum wanita, mungkin rasa cemburu menyelubungi perasaan. Bayangkan bidadari syurga sedang menunggu suami kita dengan penuh rindu dan setia. Bandingkan diri kita dengan bidadari , perbezaan langit dan bumi sekalipun bukan gambaran perbezaan antara kita dengan mereka. Di kala kaum Adam terasa seperti hendak pengsan mengkagumi kecantikan bidadari, kaum wanita pula mungkin terasa seperti menemui maut mencemburui mereka.



Wahai para wanita,ini khabar gembira untuk kamu semua!! kita ada peluang menandingi kecantikan bidadari! Anda tidak silap membaca kenyataan ini…Kita ada peluang menandingi kecantikan bidadari. Maka bukalah mata hati, persiapkan minda kerana Rasullullah s.a.w. sendiri pernah menceritakan tentang peluang ini.Mari kita teliti sebahagian daripada perbualan antara Rasulullah dengan salah seorang isterinya, iaitu Ummu Salamah, sepertimana diriwayatkan oleh At-Thabrani.


ummu:“ Wahai Rasullullah , manakah lebih utama , wanita dunia atau bidadari syurga bermata jeli ?”


rasulullah:“ Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari bermata jeli seperti kelebihan sesuatu yang tidak kelihatan dengan yang kelihatan.


ummu:“ Kenapa wanita dunia lebih utama daripada mereka ?”


rasulullah:“ Kerana solat, puasa dan ibadah mereka kepada Allah . Allah meletakkan cahaya pada wajah mereka; tubuh mereka dari kain sutera;kulitnya putih bersih,pakaiannya berwarna hijau;perhiasannya kekuning-kuningan, sanggulnya mutiara dan sikatnya diperbuat daripada emas. Mereka(wanita solehah) berkata : Kami hidup abadi dan tidak akan mati, kami lemah lembut dan tidak jahat sama sekali, kami redha dan tidak pernah bersungut-sungut sama sekali.Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya.”


ummu:“ Wahai Rasullullah, kalau wanita pernah bernikah dua, tiga atau empat lelaki lalu dia meninggal dunia.Dia masuk syurga dan mereka juga masuk syurga. Siapakah antara lelaki itu yang akan menjadi suaminya di syurga?”


rasulullah:“ Wahai Ummu Salamah, wanita itu disuruh memilih,lalu dia pun memilih siapa antara mereka yang akhlaknya paling bagus. Lalu ia berkata: ‘Wahai Tuhanku,inilah lelaki yang paling baik akhlaknya tatkala hidup bersamaku di dunia.Maka nikahkanlah aku dengannya.Wahai Ummu Salamah,akhlak yang baik itu akan pergi membawa dua kebaikan iaitu dunia dan akhirat.”



Maha Adil dan sayangnya Allah yang meletakkan wanita-wanita dunia yang berjaya menghuni syurga lebih utama daripada bidadari-bidadari syurga.Malah bidadari-bidadari menjadi khadam mereka di syurga. Solat, puasa dan ibadah yang didirikan adalah amalan yang akan meletakkan mereka di taraf tersebut. Bayangkanlah dengan solat,puasa dan ibadah, kita akan sama cantik dengan bidadari,malah lebih utama daripada mereka.SUBHANALLAH!!



Kepatuhan yang dipersembahkan kepada allah,walaupun diuji seribu cabaran dan dugaan membuktikan kita sudah menemui jalan kebenarannya.Jalan kebenaran ini secara automatik melayakkan kita menandingi pesona lahir dan batin para bidadari di syurga.Ketika itu, tiada lagi kebimbangan , tiada lagi kecemburuan kerana pastinya suami yang menjadi ahli syurga akan lebih terpesona dengan isterinya yang telah mencipta banyak kenangan pahit , manis, susah dan senang ketika di dunia.



Jika kecantikan lahiriah tidak mampu kita miliki di dunia, maka jangan kecewa.Usahakanlah setakat yang termampu dicapai berpandukan syariat,tetapi yang paling penting ialah memfokuskan usaha kepada membina kecantikan dalaman hati yang penuh rasa kehambaan kepada Allah.Bagi mereka yang telah dikurniakan kecantikan lahiriah di dunia, lebih-lebih lagi perlu bersyukur dan pastikan kecantikan dalaman juga menghiasi diri.



SEMUANYA BERMULA DARI DUNIA INI...



ALLAH BERIKAN WANITA PELUANG UNTUK MEREKA TANDINGI BIDADARI...



TERPULANGLAH KEPADA DIRI MEREKA UNTUK MEREBUTNYA...



SAHUTLAH CABARAN TUHANMU WAHAI WANITA...



TANDINGILAH BIDADARINYA!!!



WALLAHU A'LAM.












Tuesday, March 16, 2010

LUASNYA SOLAT ISTIKHOROH




Bila di sebut sahaja Solat Istikharah kebanyakan di kalangan kita hanya terkenangkan ketika hendak memilih jodoh. Ia begitu sinonim sekali dalam membuat keputusan untuk memilih bakal teman hidup tidak kira bagi lelaki atau perempuan. Perkara ini mungkin berlaku kerana penekanan di kalangan sesetengah Ustaz dalam soal istikharah ini dikaitkan dengan memilih jodoh sahaja.


Tetapi dalam islam telah membuktikan solat istikhoroh merupakan solat yang amat penting sekali dalam kehidupan harian kita.


Sebenarnya amalan Solat Sunat Istikharah ini skopnya lebih luas. Kita kadang-kadang tidak diberikan peringatan dalam soal ini. Sedangkan amalan Solat Istikhoroh ini sangat-sangat di galakkan oleh Rasulullah sebagaimana disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari....
Dari Jabir ra., ia berkata: “Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran.
hadis ini menerangkan kepada kita kepentingan solat istikhoroh adalah sama pentingnya dengan mempelajari al-quran.



Tunaikanlah solat istikhoroh jika kamu menghendaki sesuatu kerana allah mengetahui perkara yang baik bagimu dalam urusan agamamu juga dalam urusan penghidupanmu serta natijah pada urusanmu, kini dan akan datang,insyaallah,allah akan permudahkan ia untukmu, serta memberikan keberkatan kepada urusanmu.
Allah juga mengetahui perkara yang membawa kejahatan kepadamu dalam urusan agamamu, juga dalam urusan penghidupanmu dan natijah urusanmu, kini dan akan datang.Dengan solat ini allah mampu menjagamu daripada perkara yang tidak baik supaya kamu sentiasa mendapat keredhaan daripadanya.



Solat ini amat penting untukku kerana sebagai pelajar lepasan spm,saya memerlukan petunjuk dari allah untuk memilih kos yang terbaik untukku kerana dialah yang mengetahui segalanya.
Alhamdulillah daripada natijahku,aku yakin allah akan berikan yang terbaik untukku.


manfaatkanlah solat istikhoroh kerana ia memililki manfaat buatmu....


WALLAH HU'ALAM....

Wednesday, February 24, 2010

Salam Maulidur Rasul Untuk Semua...



12 Rabi’ul Awal 1431H semakin hampir...


Hari di mana kita menyambut hari kelahiran Nabi SAW.


Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ‘Salam Maulidur Rasul’ kepada semua pembaca blog ini.


Saya menyeru kepada semua agar kita mengingati, mengimbas kembali dan menghayati semua pengorbanan dan susah payah yang dilalui oleh Nabi SAW dalam menegakkan kalimah ALLAH di muka bumi ini.


Semoga kita dapat mencintai Nabi SAW dan mengikut semua ajaran dan sunnah baginda SAW.


InsyaAllah, mari kita pastikan selawat lebih banyak diucapkan daripada perkataan-perkataan lain sempena mengingati hari kelahiran baginda SAW. Tapi kalau boleh, jangan la sempena maulidur rasul je banyak selawat…kalau boleh selawat setiap hari sebanyak yang termampu.



SALAM MAULIDUR RASUL KEPADA SEMUA....



ASSALAMUALAIKUM!!!...

Tuesday, February 9, 2010

AL-IMTIHAN...

Peperiksaan??Imtihan??Ujian??Itulah perkara yang berlegar dibenak kepala setiap penuntut-penuntut ilmu di bumi Anbiya ini. Berbagai persediaan yang telah dibuat oleh mereka. Berbagai kaedah dan cara untuk menghadapi imtihan. Namun sedarkah kita bahawa setiap manusia termasuk kita semua sedang menghadapi imtihan yang sangat besar. Sebenarnya kita ni berada di ‘dewan imtihan agung’ tanpa sempadan iaitu bumi ini yang mana telah bermulanya imtihan agung ini sejak kita telah mencapai tahap baligh. Masa imtihan ini berterusan sehinggalah kita dijemput menghadap allah. Allah berfirman yang bermaksud: Dia yang mencipta kehidupan dan kematian untuk menguji kamu; siapakah diantara kamu yang melakukan amalan yang terbaik??.(AlMulk: 2)





Pendaftaran peperiksaan agung ini adalah ketika mana kita semua berada di alam ruh. Firman Allah: Dan ingatlah wahai Muhammad ketika mana tuhanmu mengeluarkan ruh-ruh anak-anak adam dari tulang sulbi bapa mereka ketika tuhan berkata “Bukankah aku tuhan kau’. Mereka menjawab “Ya, kami akui dan kami saksikan.” Ini adalah supaya mereka tidak berkata di hari kiamat “Kami telah lalai dan lupa terhadap perjanjian ini”. (Al-A’raf: 179).




Imtihan agung’ ini bukannya dengan menulis atas kertas jawapan atau yang dipanggil peperiksaan bertulis tetapi imtihan agung ini adalah berbentuk Imtihan amali(praktikal). Adapun arahan-arahan dan soalan-solan imtihan agung ini berada dalam Al-Quran dan Hadis. Imtihan agung ini diawasi oleh dua pegawai peperiksaan yang menjawat jawatan penulis (malaikat penulis) yang disifatkan tuhan sebagai Raqib (yang menulis dan mencatat amalan) dan Atid (yang sentiasa bersama manusia dan tidak berpisah) yang mana mereka berdua akan menulis setiap perbuatan atau perkataan kita.Dua pegawai imtihan yang menjawat jawatan pegawai pencatat ini adalah amat jujur dan amanah sekali dalam menjalankan tanggungjawab mereka kerana malaikat tidak pernah mengingkari arahan tuhan mereka.





Inilah imtihan yang sebenar perlu kita jawab dengan jawapan yang terbaik supaya ianya diterima oleh Allah. Mereka yang berjaya dalam peperiksaan ini akan diberikan ganjaran syurga di akhirat dan mereka yang gagal akan ke neraka.Pengiraan markah dalam peperikasaan agung ini adalah amat telus dan amat teliti. Firman Allah: Maka sesiapa yang berbuat baik seberat biji sawi nescaya Allah akan membalasnya. Dan sesiapa yang berbuat jahat seberat biji sawi nescaya Allah akan membalasnya. (Az-Zalzalah: 7,8)




Ketahuilah bahawa buku yang ditulis oleh dua orang pegawai peperiksaan (Malaikat pencatat amalan) akan diperlihatkan kepada kita di akhirat kelak.
Kita dapat mengetahui keputusan peperiksaan agung ini dengan kita menerima ‘buku rekod peperiksaan’. Jika kita menerima dengan tangan kanan maka itu tandanya kita lulus dalam peperiksaan tersebut dan akan menerima balasan yang terbaik.Rentetan dari kejayaan yang telah mereka perolehi, Allah telah memberi kehidupan yang amat bahagia sekali kepada mereka(SYURGA).Manakala mereka yang gagal dalam peperiksaan agung ini dapat diketahui ketika mereka menerima buku ‘rekod peperiksaan’ dengan tangan kiri dan akan mendapat seksaan yang lebih sengsara(NERAKA).




Begitu dahsyatnya balasan kepada mereka yang gagal dalam peperiksaan agung ini. Berbanding dengan kegagalan peperiksaan buatan manusia yang tidak menunjukkan kepada kegagalan dalam hidupnya buat selamanya. Berapa ramai mereka yang berjaya dalam peperiksaan buatan manusia tetapi gagal dalam kehidupannya??? Betapa ramai juga yang gagal dalam peperiksaan buatan manusia tetapi berjaya dalam kehidupannya??? Ulama ada menyebut: "Janganlah kamu berbangga dengan segala sijil yang engkau miliki. Kebarangkalian sijil-sijil itu akan menyebabkan engkau jauhi daripada Allah". Dengan sijil-sijil ini menyebabkan kita sombong dan berbangga dengan apa yang kita miliki. Dengan sijil-sijil ini kita mengaut kekayaan semata-semata dan kita lupa untuk beramal dengan ilmu kita sedang kita tahu bahawa sifat sombong dan menghimpun kekayaan ini adalah sifat ahli neraka.





Ini bukan bermakna peperiksaan duniawi tidak penting dan tidak perlu bagi seorang pelajar. Tetapi yg ditekankan adalah dari segi pengamalan,aspek dan meneruskan perjuangan Islam yang telah ditinggalkan oleh baginda(RASULLULAH).Majukanlah islam dan jangan biarkan islam ditindas oleh orang-orang kafir.


PENGAKHIRANNYA!!!....


BAGAIMANAKAH PERSEDIAAN IMTIHAN KITA???...


ADAKAH LULUS AMALAN KITA SETAKAT INI???....


RANCANGLAH SESUATU UNTUK MENGHADAPI UJIAN ALLAH SUPAYA MEMPEROLEHI KEBAHAGIAAN HIDUP KELAK.....


SALAM PEPERISAAN UNTUK KAMU SEMUA....


ASSALAMUALAIKUM!!!...










Sunday, February 7, 2010

kenali nafsu...

Setiap manusia dianugerahkan kepada mereka nafsu sebagai jalan untuk mengetahui tahap mereka melatih dan mendidik nafsu mereka ke arah positif ataupun negatif.Seperti yang kita ketahui nafsu merupakan satu ujian allah yang menguji tahap keimanan kita di dunia dan digandingkan dengan syaitan untuk menentang iman....2 LAWAN 1!!!






Kita,manusia yang digelar sebagai pendidik kepada diri sendiri perlulah bijak mendidik diri ke arah positif dan dipenuhi dengan nur-nur islam supaya iman kita bertambah mantap dan mampu mendidik nafsu yang membawa kepada kebaikan.






Dalam ALQURAN telah menjelaskan tiga jenis nafsu yang terdapat di dalam diri manusia.Mari kita kenali nafsu....





1.NAFSU AMMARAH BISSU'....nafsu ini sangat berbahaya apabila melekat pada diri seseorang kerana nafsu ini terlalu mengarah manusia untuk melakukan maksiat,perilaku yang tidak baik dan kejahatan.Dalam alquran allah telah berfirman, 'Dan aku tidak membebaskan diriku (dan kesalahan), karena sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan'. (QS 12: 53).





Orang yang dikuasai nafsu ammarah bissu' akan diperbudak nafsunya. Bahkan, ia menjadikannya sebagai ˜tuhannya" yang dipatuhi dan dituruti. Orang seperti ini lebih sesat daripada binatang yang hanya mempunyai nafsu, seperti firman Allah,Terangkanlah kepadaku tentang orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya. Maka, apakah kamu dapat menjadi pemelihara atasnya.(QS 25: 43).





2.NAFSU LAWWAMAH....nafsu ini ialah nafsu yang seimbang kerana ia sudah mengenali yang buruk dan baik.Seseorang yang memiliki nafsu ini belum sempurna berada dalam kebaikan.Nafsu ini selalu mengarah pemiliknya menentang kejahatan dan perbuatan dosa,tetapi suatu ketika kerana lalai,nafsu ini akan membawa pemiliknya kepada kejahatan dan kemaksiatan jua.Selalunya pemilik nafsu ini akan menyesal dan bertaubat setelah terjerumus dan terlanjur melakukan dosa kepada allah.







3.NAFSU MUTHMAINNAH....ini merupakan nafsu yang baik dan membuat pemiliknya tenang berada dalam ketaatan dan kebaikan. Nafsu ini telah mendapat rahmat dari Allah sehingga pemiliknya berpendirian teguh untuk menjadikan Allah sebagai Tuhan yang disembah. Allah SWT menjelaskan, Sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.(QS 12: 53).







Dalam kehidupan sehari-hari, seorang Muslim perlu menjauhi nafsu ˜ammarah bissu' dan nafsu lawwamah. Sebaliknya, ia perlu memiliki nafsu muthmainnah. Melaluinya, ia akan memperoleh ketenangan hidup, selalu menampilkan perbuatan baik yang membawa kemaslahatan bagi dirinya, bangsa, dan negara.





JADI!!!



DI MANAKAH TAHAP DIDIKAN KITA TERHADAP NAFSU....



RENUNG-RENUNGKANLAH DAN BERUSALAH UNTUK MENCAPAI KEREDHAAN ALLAH......


ASSALAMUALAIKUM!!!!...



Monday, February 1, 2010

darjat wanita...

WANITA pada hari ini cukup bertuah dengan penghormatan,kedudukan(darjat) dan keadilan yg dinikmati selama ini ,tetapi mereka perlu ingat bahawa bagaimanakah insan yg bergelar wanita pada zaman jahiliyah.Mereka dilayan seperti haiwan dan dianggap tidak berguna pd zaman tersebut.



Bagaimana wanita yg tidak berguna pd zaman dahulu boleh disanjung tinggi pd hari ini???



Kasihnya allah terhadap wanita sehinggakan menghantar utusannya yang mulia untuk mengubah nasib dan kedudukan wanita yang sebenar.Dengan lahirnya nur-nur islam pada zaman tersebut membuktikan bahawa semua manusia mempunyai darjat yang sama di mata allah kecuali yang membezakan mereka ialah iman dan taqwa mereka terhadap allah.





Islam!...inilah islam yang sebenarnya mempunyai protokol yang cukup sempurna dan adil tetapi ke manakah wanita hari ini membalas jasa mereka terhadap allah dan nabi yang sentiasa mengorbankan nyawanya demi menjaga maruah insan yang bergelar wanita??





Hari ini,dengan anugerah yang dikurniakan memiliki penghormatan yang tinggi,mereka merasakan mereka amat istimewa dan boleh melakukan apa sahaja dengan nikmat yang dimiliki oleh mereka tanpa menghiraukan sejarah kaum mereka yang terdahulu.Kebanyakkannya wanita hari ini lebih suka mengulangi sejarah hitam kaum mereka dengan melekakan dunia dan menghakis akidah orang-orang mukmin untuk dijadikan bahan tarikkan mereka sebagai artis,pelakon,penyanyi dan model.Adakah ini cara membalas jasa??




Sikap acuh tidak acuh dengan islam menunjukkan wanita seperti kacang lupakan kulit terhadap islam yang sentiasa membela mereka daripada semua aspek kehidupan.



Sebelum wafatnya nabi muhammad,baginda sudah mewasiatkan kepada kita bahawa lindungilah wanita dan peliharalah mereka dengan iman dan bukannya dengan harta,sesungguhnya mereka akan binasa.Dengan wasiat nabi tersebut dapat kita manipulasikan bahawa wanita amat sukar untuk dijaga tetapi jika kita menjaga dan mendidik mereka dengan
baik,nescaya mereka seperti pelengkap yang menghiasi keindahan dunia.



Kewajipan menutup aurat dalam islam mempunyai hikmah yang mendalam untuk mengelakkan fitnah dunia dan kemusnahan akhlak manusia.Allah telah membuktikan kepada kita negara-negara yang cantik orangnya seperti orang eropah mempunyai kemusnahan akhlak di negara mereka kerana pendedahan aurat yang tidak terjaga.



Justeru,saya ingin menyeru kepada semua supaya jagailah anugerah yang telah diberikan oleh islam kepada kita.Ketahuilah sifat sayangnya allah sayangnya nabi terhadap kita.Balaslah kasih sayang mereka dengan mematuhi segala perintah mereka dan meninggalkan
segala larangan mereka.Lengkapkanlah dirimu dengan iman dan amal supaya dapat memperolehi rahmat allah yang paling berharga untuk kita(al-jannah) di akhirat kelak.




INGATLAH!!!
Kita hanya merancang dan berusaha tetapi ALLAH YANG MENENTUKAN....
dengan usaha saya menulis article ini,hanya allah sahajalah yang menentukan perubahan diri kalian...
ASSAlAMUALAIKUM!!!!....

MUS'AB BIN UMAIR(sejarah namaku)

Daripada Ali bin Abi Talib ra berkata:Kami sedang duduk bersama Rasulullah saw di dalam masjid. Tiba tiba datang Musab bin Umair ra, dan tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai selendang yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullah sa melihat kepadanya, baginda menangis dan menitis air mata kerana mengenangkan kemewahan Musab ketika berada di Mekah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Musab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan di Mekah).



Kemudian Nabi Muhammad saw bersabda:Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula, dan bila diangkatkan satu hidangan, diletakkan pula satu hidangan yang lain, dan kamu menutupi (menghiasi) rumah kamu seperti mana kamu memasang kelambu Kaabah?Maka jawab sahabat:Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada hari ini. Kami akan memberikan penumpuan kepada masalah ibadah sahaja dan tidak usah mencari rezeki.Lalu Nabi saw bersabda:Tidak, keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu.(Hadis riwayat Turmizi)



KISAH MUSAB BIN UMAIR



Musab bin Umair asalnya dibesarkan dalam sebuah keluarga yang kaya-raya di Kota Mekah. Dia sangat disayangi oleh kedua orang ibubapanya. Hidupnya senang-lenang dan serba mewah.

Dikatakan kononnya Musab bin Umair ialah pemuda yang paling bergaya di Kota Mekah. Pakaiannya ada yang berharga sampai dua ratus dirham, satu nilai yang sangat tinggi pada zaman itu untuk sehelai pakaian.



Memang dari awal lagi Musab telah memeluk agama Islam tetapi disembunyikan keIslamannya daripada kedua orang tuanya. Namun hal tersebut akhirnya sampai juga ke telinga mereka. Mereka pun mengikat Musab dengan tali agar dia tidak boleh keluar rumah. Musab berjaya melepaskan diri lalu berpindah ke Abbysinia. Seterusnya dia berhijrah pula ke Madinah untuk bersama-sama kekasihnya- Rasulullah SAW.



Suatu hari, Musab melintas di hadapan Rasulullah. Ketika itu dia hanya memakai sehelai kain sahaja dan kainnya itu bertampal-tampal. Dengan perasaan yang amat sedih disertai linangan air mata, Rasulullah menceritakan kembali bagaimana kehidupan Musab sebelum Islam yang serba mewah. Namun kini Musab hanya ada sehelai kain buruk untuk dipakainya.



Dalam peperangan Uhud, Musab berperanan sebagai pemegang bendera tentera Islam. Suatu ketika tentera Islam terpukul hebat dan ada sebilangannya yang bertempiaran lari menyelamatkan diri. Dalam keadaan segenting itu, Musab terus berdiri kukuh di tempatnya sambil memegang bendera. Sedikit pun tidak ada rasa gentar dalam hatinya.Seorang musuh telah menetak tangan Musab yang memegang bendera agar bendera tentera Islam tidak berkibar lagi. Musab mengambil balik bendera itu dengan tangannya yang sebelah lagi. Kali ini tangan itu pula yang ditetak musuh. Dia terus berusaha memegang bendera di dadanya dengan bantuan kedua belah tangan yang berlumuran darah. Akhirnya, dada Musab ditembusi pula anak panah menyebabkan dia rebah ke bumi. Musab pun gugur sebagai seorang syuhada.



Di saat-saat pengkebumiannya, Musab hanya ada sehelai kain sebagai penutup jasad. Itupun kain itu terlalu kecil. Jika ditarik untuk menutup kepalanya, kakinya akan terdedah. Kalau ditarik menutup kakinya pula, kepalanya akan terdedah. Rasulullah SAW menyuruh para sahabat menutup kepala Musab dengan kain tersebut sementara bahagian kakinya ditutup dengan daun-daun azkhar.Begitulah sedihnya riwayat seorang pemuda yang dibesarkan dalam kehidupan serba mewah tetapi matinya dalam keadaan yang amat dhaif. Jika dulu dia ada pakaian yang berharga dua ratus dirham, tapi kini mayatnya ditutup dengan sehelai kain kecil sahaja. Sesungguhnya Musab telah berjaya.